Saturday, April 7, 2012

Singapore trip Part 3

Hari Ke-2 kat singapore, habis kan 1 hari kat sentosa island. Awal2 dah beli ticket untuk 1 day pass USS and ticket untuk song of the sea secara online. Tak nak habis kan masa beratur beli ticket. Dan kebetulan time tu ade promotion, beli guna maybank kredit kad harga ticket dapat murah sikit. Jadi 58.90 SGD instead of 68 SGD. Link nak beli ticket online.

Kitorang beli ticket biasa je, tak amik pon ticket express sebab time tu ingat weekdays tak ramai orang. Haih tapi sangkaan meleset. Kalau nak ticket express kene tambah 30 SGD. Tapi bagi aku berbaloi kot kalau beli express ticket tu. Sebab...!!!! Korang akan jimat masa untuk beratur nak naik setiap ride tu. So tak perlu nak tekejar2 sana sini untuk make sure tak kan tertinggal 1 pon ride or show dalam USS tu.


Sentosa LRT station. 3 SGD untuk pergi balik.


Here we are!! In USS!

Port wajib amik gambau bile sampai USS


USS Map. Untuk make sure tak missed 1 tempat pon.


Start with Hollywood








Kat Hollywood ni tak tak de pape sangat pon. Just ade character2 macam Frankenstein, Charlie Chaplin.



Next! Madagascar

Ha kat sini ade ride. Syok gak. Kebetulan time tu ade character Madagascar, berlari kitorang semangat nak amik gambau dengan character2 yang comel itu. Hehe


Next! Far Far Away.


The Castle

Kat sini ade Shrek 4D show. Walaweh hebat giler. Kuda tu bersin pon rasa air mercik kat muka. Yaksss!! haha


Next destination! Lost World.

Kat Lost World sangat best. Ade macam2 ride and ade water world show. Kitorang missed show pukul 1230. Next show pukul 430pm. So gerak pergi tempat lain dulu. Boleh dapat schedule show kat entrance time nak masuk tu. So boleh plan perjalanan betol2. Eceh!

Time nak naik semua ride ni lah baru kitorang rasa ticket express sangat berguna. Bayang kan setiap ride kene beratur 30-45 minit. Gila tak?! Kalau ade ticket express, boleh straight pergi sampai depan tak yah beratur. Hangin je tengok dorang potong que! Fine!!

 Seterusnye kitorang gerak pergi ke Ancient Egypt.



Ride paling best yang ade kat sini. Roller coaster kat Egypt ni. SERIUS best. Indoor roller coaster. Memang lain dari yang lain sebab betol2 rasa macam kat dalam gua cerita The Mummy tu. Aku naik sampai dua kali. Syok giler. Dan tak perlu beratur lama.

Paling best bile aku and wani dapat pengaruh lagi 3 orang makcik penakut tu untuk join kitorang naik roller coaster tu skali. Hahaha.

Before naik " tak takut weh roller coaster ni, best giler "
Pas dah naik " Cilaka korang, aku tertipu." Hahaha. Pasrah je lah dengan makian, yang penting plan berjaya!

Akhirnya sampai kat Sci Fi City.




Tempat yang di nanti2 kan. Tempat transformers. Ni lagi satu ride yang paling best. 4D ride. Kene pakai speck 3D tu, then naik ride. Memang betol2 rasa macam kat dalam citer transformers tu. Amazing! Dapat naik sekali je. Sebab nak kene beratur panjang giler. Waiting time 45 minit. Time tu agak menyesal tak amik express pass. Huh!


Finally sampai kat penghujung. New York City.



Kat sini ade show street dance. Dancer dari filipina sangat2 cute. Ternganga jap. hahaha. Then ade lights, camera, action. Show ni tunjuk camane dorang shooting. Dorang buat ribut semua tu.

1 ari berjalan dari 10 pagi sampai 7 petang. Kaki and pinggang sakit tak yah nak citer lah. Cam nak tercabut dah. Dapat rehat kejap je time makan and time jamak solat.

Perjalanan belum abis lagi.


Song of The Sea


Song of the sea show pukul 740 petang.

Show ni buat kat tepi pantai. Sangat2 hebat show ni.  Tak tau camane dorang bleh dapat idea buat attraction cam ni. Song of the sea ni musical show. Sangat cantik bile nampak air warna warni. Kreatif sangat. Show setengah jam je. Tak puas! Harga ticket SGD10.








Phew~! At last abis gak semua entry pergi singapore. Sape2 yang berlum pergi, korang semua PATUT pergi at least sekali. Penat, abis duit tapi sangat berbaloi. :D

Till then. Have a good weekend :)

Sunday, April 1, 2012

Singapore trip Part 2

Dah cukup recharge energy. Maka bermula lah perjalanan tanpa kenal erti penat. Cewah! Sume orang excited nak shopping perfume. Hostel kitorang sangat dekat dengan shopping mall Mustafa Center.

Dalam Mustafa Center. Sila tengok perfume kat blakang. Macam nak amik sume. Hehe

Mall ni macam mydin tapi besau giler2. Macam2 ade. Dah survey2 harga perfume, simpan dalam otak. Terus gerak pergi LUCKY PLAZA yang terletak kat Orchard Road.

Sampai je, masing2 dah kebuluran. Niat nak cari kedai makan dulu. Tapi masuk je kedai perfume, perut yang kebuluran terus jadi kenyang dengan harga2 perfume yang murah giler2. Sumpah murah. Range harga dari SGD18 - SGD 68. Sangat2 murah dan original. Memang aku borong sampai 6 botol. Tak kasi chance dah. hahaha. Paling best, sebab kite tourist, kite boleh dapat Good and Services Tax (GST) refund. Tapi make sure tanye orang kat kedai tu nak claim GST. Dorang akan buat kan resit and tandatangan sales retailer di perlukan kat resit. Total aku borong 6 botol perfume SGD 286 dan GST refund aku SGD 14. Haish memang berbaloi2. GST boleh claim kat airport lepas check in. So boleh spend dalam airport je :(

Ni semua perfume yang di borong. Geram tak? ahaha

Ok dah puas borong perfume. Baru lah perut jerit2 mintak di isi. Hahaha. Cari kedai makanan halal, then terus berpeleseran di sepanjang orchard road. Banyak gak tempat shopping barang branded. Ala2 pavilion. Amik gambar sekeping dua *ehem, yeke sekeping dua then terus ke Marina Bay. Yeay! Tempat wajib bile sampai Singapore. 



Nampak tak kapal atas banggunan tu.

Kitorang betol2 ade bawah banggunan tu. So tak dapat amik gambar jauh2. Just dapat gambar camni je. Nak jalan ke seberang tasik, memang tak lah kan. Masing2 muke dah sememeh kepenatan. Hahaha.

Dah puas cuci mata, dapat curi wifi update status and check in kat FB. Gerak balik, merangkak2 naik train sebab kaki dah lenguh. Ok tu tipu. Hehe. 


Nak reload energy untuk hari esok kat USS. Will update in the next entry. *wah bajet blogger femes plak entry bersambung2. Ah kau ade?



I dapat nama samaran baru kat singapore. CHINADOLL! Ni gara2 rambut depan yang tersalah potong. SObs :(




Bile dah salah potong, so terus je lah potong fringe camtu. :D
p/s : next entry, experience dalam USS

Saturday, March 31, 2012

Singapore trip Part 1

Rabu lepas, tercapai gak salah impian dalam wishlist. I went to Singapore. Yeay! I went with gorgeous office mate. 3days and 2 nights bajet trip.



Seawal 3.30 pagi dah tercongok kat LCCT. Gegeh tak? Padahal pergi singapore je pon. 1 jam je perjalanan. Ni sume gara2 mak nenek ofismate yang salah booked flight. Departure time 615 pagi. Pasrah! Haha.


While waiting to depart. Tengok mata masing2.Dah macam bulan separuh je. Plan nak tido dalam flight je. Jangan lah harap. Nak berak pon tak sempat, ni plak tido. Pasrah lagi. hahaha. Sejam dalam flight cukup buat aku mual2. Mabuk hokeh! Walaupon dah 3 kali naik flight. Wuwuwuw :'(



 Tepat 715 pagi selamat landing kat Changi Airport Singapore. Alhamdulillah. Maka bermulalah perjalanan 5 orang pelancong backpackers. Hahaha.


Cabaran pertama. Misi mencari hostel. Uhhh.. memang sangat mencabar. Turun naik train, or lebih tepat MRT untuk sampai di station yang betol. Tak susah sangat pon. Sebab MRT Singapore sistem sangat convenient dan tak kan sesat as long as kite tau kat station mana kite patut turun.
 



Station yang terdekat dengan hostel kitorg is Ferrer Park station yang ade kat line warna purple. Naik dari Cangi Airport (line hijau) dan tukar platform kat interchange untuk pegi kat warna purple. Sangat2 senang nak paham. Kalau hari ni bagi aku soklan exam pasal sistem MRT singapore confirm 100%. haha. Dush! Poyo!!

Kitorg beli tourist card MRT. SGD 30 tapi unlimited. Nanti nak balik pulang kan kad boleh refund deposit SGD 10. 

OK cukup, tu belum mencabar lagi. Saat paling mencabar, jeng jeng jeng. Nak cari kat mana 259 Ark Logde Hostel kat Jalan Besar. OMG! Tuhan je yang tau camne bahu nak patah pusing 1 pekan kecik tu cari hostel. Dengan bawak backpack nye, plus mengantuk giler sebab tido 2 jam je. Betol2 macam explorace. Lepas gegeh tanye orang sana sini. Baru sampai. Tak ramai sangat tau hostel tu kat mana,al maklumla, nama pon hostel murah. Just macam rumah kedai je. 


 Konsep hostel/dorm. So dalam 1 level ada banyak katil double-Decker. Tapi selamat sebab tak campur laki pompuan. Make sure booked Female Dorm. Tapi mungkin berkat susah payah cari hostel tu, owner hostel offer kitorang private room. Alhamdulillah, semua sumbat masuk dalam tu skali. Hahaha.Tapi still kene share toilet. Macam hostel or kolej kat U or sekolah tu. So feeling2 mude lah jap kan. Ahaks. Toilet sangat bersih and selesa. RM100/ seorang untuk 2 malam. Worth it!


Dapat je katil sume terus membongkang kepenatan. Rilex dulu. Recharge energy jap. ZzzZZZz.

p/s : bersambung................

Sunday, March 25, 2012

Air-conditioner on STRIKE!

Malaysia is freaking hot today.
Err I mean, in my office. Air-cond are not functioning.On strike maybe. Hehe. Ingat pekerja je boleh mogok! Today  I went to the office with long sleeve shirt. Nahh! Imagine how I'm going to stay for 12 hours. Its gonna be a long day for me..Pheew~!!









Luckily we have an awesome and proactive shift leader. Thank you for your prompt action.






Tadaaa!! We got this for temporary, while waiting for the air-cond ended their strike. Tehee.







Yeay! Now can give a big smile. ^__^

 p/s : dear shift lead, in case you are reading this. Sila lah belanja. Dah bagi KUDOS kot. HAHA.

Sunday, March 18, 2012

Twitter dan Sawan

Dari awal masuk keje dah pening cari idea, nak update topic ape ari ni. Tapi sampai skang still tak de idea. Sebab blog ni blog pasal life aku, so kalau tak de benda interesting yang aku rasa nak share, memang tak berhapdate lah.

Selalunye update bile happy, sedih, or marah. Meaning skang tak de perasaan pape ke? Erm maybe. Oh ye! Actually skang sangat2 excited nak pegi bercuti ujung bulan ni. Tapi cube untuk control. Sebab takut terlebih excited, tetibe tak jadi pergi ke. Nanti frust menonggeng mak. Ya Allah permudah kan lah. Tapi yang paling takut bile terlalu excited update status sana sini nak pegi bercuti, tetibe ade orang ingat kite nak show off. So aku cube elak sume benda tu. Especially untuk update status kat FB yang aku rasa semua orang boleh nampak dan boleh baca. Dan semua orang itu ade tanggapan yang berlainan.

Kite tak boleh expect semua orang boleh terima setiap ape yang kite rase. Dan kite tak boleh nak halang setiap orang untuk berhenti anggap yang bukan2. Tapi kite boleh halang diri kite sendiri dan elak dari di anggap bukan2.

OMG! Ape aku merepek ni?! Grrr..!!

Sebab aku rasa, FB tu terlalu open, so aku akan cube elak letak or update benda yang too personal. Nasib baik aku ade twitter. hehe. I heart my twitter damn much! Ha kat situ memang tempat aku merepek seperti orang gilak!! Huahua. Setiap saat, setiap ape yang aku rasa aku twit je. Aku boleh twit "adeh bontot gatal lah plak"  Kehkehkeh. Sebab ade 9 followers je. Hihi. Wahai followers, kalau rasa annoyed dengan twit2 aku, unfollow tau. Kesian lah kat aku. Aku ade twitter je tempat bermanja. haha. Bajet cam insan kesepian. Dush!

Eh tapi betol lah, nasib ade twitter and twitter di kire private. Kalau tak, mau sawan kot sebab kene simpan je ape yang aku rasa. Hehe. Nasib baik gak aku bukan celebrity, kalau tak, masuk tanjung rambutan agaknye. Sebab sume tempat tak de privacy. Hihihi. Mana tak nye kene behave manjang.

Moral of the story, jangan update blog masa tengah bosan. Confirm update benda merepek. Miahahaha. Buhbyee!!